Rabu, 25 November 2009

BERSAMA TUANKU KDYMM SULTAN KEDAH MAJLIS SAHOCA DINNER

BERSAMA BEKAS PM PAK LAH









PAK LAH MESRA RAKYAT




BERSAMA KDYMM AL SULTAN KEDAH DARUL AMAN SEMASA DINNER SAHOCA





AMPUN TUANKU PATIK ANAK KEDAH YANG BERMIGRAN KELUAR






PADA MALAM DINNER INI PELUANG JUMPA SEMUA OLD STUDENT SAHC DARI SENIOR DULU2 SAMPAI TERKINI DALAM PELBAGAI STATUS SOSIAL






SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA (KORBAN)

DI KESEMPATAN INI SAYA SERTA SEISI KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA AHLI KOMUNITI NILAM TANJUNG DAN SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT , SEANDAINYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KESALAHAN KERANA SESUNGGUHNYA LEMBUT LIDAH LISAN ADA TERLANJUR KATA,SENDA GURAU ADA KHILAF &DUSTA,HATI KADANG2 ADA BERPERASANGKA , JANJI ADA YG X TERTUNAI , SIKAP DAN PERANGAI KADANG2 ADA YG MENYAKITKAN , KERANA HIDUP INI AKAN BERTAMBAH INDAH JIKA ADA PENGORBANAN DAN KEMAAFAN SESAMA KITA,BIAR RENGGANG DIFANA DUNIA,BIAR HINA DIMATA MANUSIA,BIAR TUA DIMAMAH USIA,BIAR HARTA SEMAKIN TIADA,BIAR JAUH JARAKNYA KITA,SILATURAHIM TERGADAI TIADA, SEMOGA ALLAH AKAN MENGASIHI KITA KERANA PENGORBANAN IKHLAS YANG DIBERIKAN ,ALLAHHUAKBAR ,LABBAIKALLAH HUMMALABBAI. ALLAH AMPUNILAH DAN LINDUNGILAH KAMI SEMUA

Isnin, 23 November 2009

KAYUH KE 2ND LINK BT. KAWAN -BT. MAUNG

INILAH SKUAD MTB BATU KAWAN DALAM MISI KE TAPAK PROJEK 2ND LINK PADA 14.02.09 LEPAS TERDIRI DARI SAYA AZAHAR,C HADI,AZHAR,HAIKAL,BANG MAD,MAT NOR DAN SYAM.GENG OTAI

BAGUS TEMPAT INI CANTIK



C HADI DARI NBG TEBAL


SEDANG MERENTAS LALUAN OFF ROAD




Sabtu, 24 Oktober 2009

BATU KAWAN YANG KU KENALI










INILAH WARNA-WARNA BATU KAWAN JALAN JEM,LEMBU TIDOQ KAT JALAN & LAIN2

MACAM2 ADA DIBATU KAWAN MAI SINI



Banyak yg tak tau di Batu Susur nak masuk dekat tol punyalah sebok dan jem terutama kalau ada function ,Lembu Juga bersepah kat jln raya utama hingga masuk ke taman perumahan berdekatan.Bau busuk najis babi juga akan menyusuk hidung,lalat juga cukup banyak hingga mengganggu keselesaan hidup,terdapat kuari tanah dengan lori keluar masuk yg membahayakan keselamatan. Tapi Bt Kawan adalah syurga bagi sesiapa yg mencintai kedamaian dan kesejahteraan minda, terdapat banyak tempat untuk riadah seperti jogging,memancing dilaut atau kolam2 diladang k sawit,naik basikal gunung macam saya,santai dengan family dan relex saja kat rumah dan kat stadium ni secara mingguan dan tahunan ada macam 2 game seperti bolasepak,driff car,remote controll car,kapal terbang remote controll dan jom heboh setahun sekali dan banyak lagi -rumusannya ada banyak kebaikan dan juga kelemahan yg perlu di beri nilai tambah di Batu Kawan untuk keperluan dan kehendak semua.

Khamis, 22 Oktober 2009

Inginkan Rahsia Anak2 berjaya Dlm Pelajaran & Dapat RM Lumayan

Salam persaudaraan dan salam 1 Malaysia kepada semua kalian yang budiman ,
Saya ingin menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadikan anak2 kita semua succes dlm akademik dan dalam masa yang sama berpeluang menjana income yg lumayan, Marilah bersama saya menyertai program PORTAL PENDIDIKAN /WEB EDUCATION iaitu SKOR A program yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran dan terbukti membuahkan kejayaan yang menakjubkan . Program ini ialah kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang Interaktif dan konsep latih tubi (output leaning)anak2 secara on line melalui internet yang lengkap dgn kemudahan nota kaki,nota catitan dan ringkasan semua subject2 pelajaran dan bidang teras serta KOMPILASI SET SOALAN-SOALAN tahun yang lepas yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula dari 1993 hingga lah tahun terkini yang lengkap dan ekklusif serta dilengkapi Konsep Peta Minda(e nota) dan Kamus (e kamus) . Program ini adalah lengkap dan memenuhi silibus terkini KBSR&KBSM dari darjah 1 hingga tingkatan 5, Melalui sistem ini juga ibubapa akan dimaklumkan secara sms setiap kali anak2 kita selesai menjalankan ulangkaji dan menjawab soalan2 LATIH TUBI yg disediakan melalui sistem (SMS REPORT CARD).Akhirnya Kita akan berpeluang mendapat pendapatan sekitar RM 30K sebulan melalui peluang SUNRISE BUSINESS yg disediakan -(Anak Skor A - Parent Skor M (Money) hubungi saya AZAHAR 019-5769070)
AZAHAR YAHYA.

Jumaat, 16 Oktober 2009

KEMERIAHAN BERHARI RAYA

TAHUN INI BERAYA DI KEDAH ANAK-ANAK DAH BESAR -SYUKUR ALLAH MASIH BAGI UMUR UNTUK DAPAT RAYA DENGAN KELUARGA YANG BAHAGIA-YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR KAMI SUPAYA DAPAT MELIHAT KEBAHGIAN DAN KEJAYAAN SEMUA ANAK-ANAK,

SUATU PAGI DI HARI DIHARI BERSAMA KELURGA TERCINTA

KEMERIAHAN HARI RAYA


Belum habis raya muncul pula deepavali,seluruh batu kawan riuh rendah dengan letupan mercun dan keriuhan sana sini.Semarakkan perayaan ini dengan penuh semangat perpaduan jgn sampai timbul persengketaan kerana sikap yang keterlaluan dan keegoan

MAI KAYUH BERSAMA KOMUNITI NILAM TANJUNG


Taman kita ada aktiviti riadah kayuh basikal ,tiap sabtu,ahad ,dan public holiday pagi dan petang,sesiapa yg rajin boleh kayuh ke jeti Bt musang Pulau Aman dan naik bukit Celcom Bt Kawan ,jadikan cara hidup sihat membantu hidup anda

Khamis, 24 September 2009

SALAM IDULFITRI MAAF ZAHIR BATIN

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA WARGA PENDUDUK TAMAN NILAM TANJUNG BT KAWAN SEMOGA LEBARAN INI DISAMBUT DGN PENUH KEMERIAHAN DAN MANDAPAT RAHMAT ALLAH, BALIK RAYA JGN LUPA KESELAMATAN DI JLN RAYA DAN RUMAH YG KITA TINGGALKAN ,MENGIKUT KAWAN2 DI SURAU CAKAP ADA RUMAH SAUDARA KITA DI BELAKANG DKT PDG BOLA DAH DIMASUKI PENCURI DAN BEBERAPA RUMAH DI TMN MUTIARA TERATAI DAN TANJUNG ,JAGALAH HARTA BENDA KITA DGN MENGAMBIL LANGKAH2 KESELAMATAN YG PERLUSEPERTI MINTA TOLONG JIRAN2 MEMANTAU RUMAH JIRAN YG PULANG KG BERAYA ,PASANG LAMPU DISEKELILING RUMAH DAN KUNCI PINTU DENGAN SEMPURNA,INSYAALLAH SAYA TELAH MEMAKLUMKAN KPD POLIS DAN MEREKA TELAH JANJI UNTUK RONDA,TETAPI ,PERTOLONGAN JIRAN ADALAH PALING PRAKTIKAL, INILAH PENTINGNYA KITA BERBAIK-BAK DGN SEMUA JIRAN DAN TOLONG MENOLONG,

Rabu, 2 September 2009

SALAM RAMADHAN RAHMAT KE ATAS ALAM

Ramadhan datang lagi dengan penuh keberkatan untuk di capai oleh semua umat islam,Maha kaya ALLAH menjadikan bulan ramadhan dalam 1 tahun yang penuh dengan kerahmatan untuk sama2 kita merebut peluang ini. Berpuasa juga baik untuk kesihatan jiwa dan raga mental dan fizikal yang berpenyakit boleh sembuh sekirannyabetul puasanya,puasa juga boleh menginsafkan kita bagaimana saudara kita yang susah Dalam konteks kita ahli masyarakat Tmn Nilam Tanjung inilah bulan rahmat yang boleh menyatukan kita semua ,setiap malam kita ada jemaah berterawih di surau dan masjid berdekatan marilah kita mengisi ramadhan ini dengan amalan yang mulia,

bulan ini juga bulan Quran diturunkan melalui israk mikraj peristiwa yang penuh bermakna dan bersejarah ,lailatul qadar memberi ganjaran pahala seribu bulan kepada mereka yang memburunya,Renungilah maha kaya NYA jadikan untuk kita semua.

Isnin, 27 Julai 2009

PETUA BERMUAFAKAT DLM MASYARAKAT

Nampaknya penduduk taman kita masih kurang mesra & Mengenali antara 1 sama lain. perkara ini akan menjadi masalah sekiranya berlarutan,walaupun kita tiada sessi mesyuarat dan gotong royong sudah beberapa lama ini bukan alasannya,kita masih boleh bekerjasama dan hormat,menghormati sesama kita dalam kehidupan seharian , sekiranya kita mengambil sikap tidak perduli dan tidak bekerjasama maka masyarakat kita akan ditimpa musibah kerana kita tiada lagi sanak saudara yang hampir melainkan saudara kita ditaman ini sekiranya terdapat masalah= ayuh mari kita berbaik-baik untuk kesejahteraan masyarakat kita

Jumaat, 3 Julai 2009

KITA DAH HANTAR PERMOHONAN UNTUK TUBUH RT

Permohonan telah dimajukan kepada Jab perpaduan utk menubuhkan RT ditaman kita diharap dengan adanya RT nanti, kita akan ada sedikit budget dan boleh aply dewan dari MPSP untuk buat dipejabat kita dan kelengkapan untuk dewan ,untuk membuat pelbagai aktiviti dan mesyuarat .kita juga akan buat program gotong royong,program hari raya,roda keselamatan dan babyak lagi sekirang sama-sama kit sokong. nanti bila jab perpaduan panggil kita kena keluar meting dan pilih ajk untuk handle RT kita saya cuma sebagai pengerusi penaja .nanti pilhlah orang lain yang rajin dan dynamik.ingin ini bukan politik punya ini untuk kesejahteraan taman secara holistik .jangan campur-campur politik nanti gagal pula persatuan kita dah la nak wujud pun ambil masa lama- ok selamat bermasyarakat untuk kesejahteraan hidup ,saya pernah baca story ada satu persatuan di Somewhere in klang velley depa buat taman depa macam sanpai jalan-jalan ada landscap ,lampu,keselamatan teratur,jaga malam,kebersihan ,gotong royong,tolong menolong,dan banyak lagi memang cantik la ,nanti kita boleh jadi contoh.
Kita ada program disurau semua dijemput,kita ada exercise mauntainbike cycling let joint us. thank to all

NAK BUAT APA UNTUK TAMAN KITA

SILA BAGI INPUT YANG RASIONAL BAGAIMAN NAK MENGHIDUPKAN SISTEM KEMASYARAKATAN KITA SUPAYA KESELESAAN BERSAMA DAPAT DIREALISASIKAN.

ISU DAN MASALAH SEKARANG.
1.KALAU RUMAH KITA MASIH ROSAK LAPOR KEPADA PDC MEREKA JANJI NAK REPAIR TIADA HAD MASA.(no time freme)janji dalam meting dulu
2.MASING-MASING BUAT SURAT TAHAN BAYARAN 5% KEPADA PDC KEPADA LOWYER PANEL PDC RODZIAH &PARTNER JLN BURMAH ,TANYA LOWYER S&P MACAM MANA NAK BUAT.
3.KALAU NAK FAILKAN KEPADA TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH PUN OK TRY LA
4.DINASIHATKAN JANGAN BUAT TAMBHAN RUMAH NANTI CRACK MENYESAL DAN RUGI
5.TANAH TAK STABIL , KALAU TAK PILING BETUL-BETUL NANTI ROSAK RUGI KITA
INI ISU YANG TERDAPAT DALAM TMAN KITA MAI SAMA AMBIL PERANAN
1.TERDAPAT SAMPAH DIBUANG DIPINGGIRAN JALAN TEPI SUNGAI DAN TEPI JALAN
2.KEBERSIHAN KESELURUHANNYA TAMAN KITA AGAK KURANG MEMUASKAN
3.KERJA PEMBERSIHAN OLEH MPSP TIDAK SISTEMATIK DAN MENYELURUH
4.TERDAPAT BANYAK NYAMUK,LALAT,ANJING LIAR
5.TERDAPAT REMAJA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL LAJU DAN REMPIT
6.TERDAPAT KUMPULAN MELEPAK DI PONDOK DEPAN SEKOLAH DAN LORONG TAMAN KITA (bukan dari taman kita]
7.TERDAPAT MURID SEKOLAH PONTENG DAN MELEPAK DI RUMAH KOSONG TAMAN KITA
8.PADANG PERMAINAN TAK LENGKAP PERALATAN, RUMPUT TAK DIPOTONG, PAGAR BANYAK ROSAK ,DULU ADA TIANG GOL BOLA SEKARANG HILANG DLL
9.DEWAN TERBIAR PEMAJU DAH SERAH KEPADA MPSP TAPI X SERAH KPD PENDUDUK
10.LONGKANG BERTAKUNG AIR DAN MPSP BILA CUCI LONGKANG X AMBIL SAMPAH LONGKANG ANGKUT KELUAR
11.LAMPU JALAN TAK CUKUP -GELAP & MERBAHAYA
12;RUMAH TINGGAL TERBIAR JADI TEMPAT NYAMUK DAN BUDAK PONTENG SEKOLAH
12.PERLU BONGGOL JALAN DI TEMPAT TERTENTU
13.PENDUDUK TIADA AKTIVITI KEMASYARAKATAN /GOTONG ROYONG/MESYUARAT
14.TERDAPAT AHLI TAMAN YANG TIDAK MENGENALI SATU SAMA LAIN
15.ANAK-ANAK KITA TIADA AKTIVITI YANG TERATUR DAN ,POSITIF TAKUT TERIKUT BUDAYA TAK SIHAT
16.KITA ADA SURAU DAN BANYAK AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MASA PI LA JOINT
17.KITA ADA AKTIVITI NAIK BASIKAL JOINT LA
18.MAILA KITA SAMA-SAMA HIDUPKAN MASYARAKAT KITA
17.

Isnin, 22 Jun 2009

MASALAH KEBERSIHAN TMN KITA

Nampaknya jadual pembersihan oleh MPSP ditaman kita tidak teratur ,kadang2 lama MPSP tak cuci longkang dan sapu sampah sekitar taman ,padang pun lama-lama sekali baru potong rumput ,kerja-kerja cuci pun nampak macam tak menyeluruh kita rayu MPSP buatlah kerja dengan sempurna.

Kita pihak pendudukpun jagalah kebersihan ,sekarang bayak kes kesihatan telah berlaku

Aedes ,Denggi, Chikungunya dan HINI tolong sama-sama bekerjasama

PDC X MENGAKU CUCI JLN GUNA AIR MASIN

Saya selalu kayuh bsikal MTB merayap seluruh Bt Kawan ,1 hari saya up hill bukit yg sedang di gondol dgn rakus oleh PDC , jadi MTB saya kotor la dan nak cuci guna air yang disediakan oleh kontraktor dekat tempat kerja situ .budak indon tu kata " jangan pak ini airnya masin nanti karat ,saya tanya air untuk cuci jln air apa katanya sama air masin disedut dari kuala sungai air yang berhampiran ,waduh2 nanti karat semua kenderaan rakyat ,tapi PDC tak mengaku i dah report pada YB low ,PDC jawab pada YB Low Air PBA , yang YB ni pun satu mangkuk pi la check tempat tu , betui ka ,yang saya tahu air dari longkang Sg tepi laut tu .nampaknya karat habisla kereta kita ,harap YB X sungguhn menolong rakyat , harap PDC X pernah mengaku buat salah .jln pun dah mendap ,lori pun overloading dan laju-laju penuh tumpah tanah dan habuk kena pengguna jlnraya lain x tau la apa nak jadi Bt Kawan

Selasa, 10 Mac 2009

Ingatan Lalu

KENANGAN BERSAMA PEMIMPIN

APA PERLU KITA BUAT

Ini adalah beberapa initiatif yang boleh dibuat oleh semua penghuni Taman Nilam Tanjung untuk kesejahteraan sejagat.

1. Memandangkan back lane rumah kita tidak dipasang lampu belakang maka pasanglah lampu belakang untuk mencegah kejadian tidak diingini.

2.Sebenarnya kita ada membuat permohonan kepada PDRM untuk rondaan keselamatan tetapi nampaknya agak kurang memuaskan.

3. Kita juga bercadang akan mengadakan skim rondaan sukarela apabila RT kita telak digazetkan

4. Selebihnya ambil tahu siapa yang mencurigakan yang ada disekitar kita dan amklumkan kepad pihak AJK dan PDRM

5. Nampaknya ada kenderaan yang dipandu laju harap timbangrasa ini taman.jaga keselamatan kita

6. Terdapat anak-anak muda yang merempit ini bahaya minta ambil tahu anak masing-masing dan bantyuan PDRM

7.Terdapat juga kumpulan anak muda dan lain2 yang melepak dibelakang Taman mereka ini peerlu diawasi

Sekian banyak lagi isu ditaman kita.

Bersama Pemimpin Besar


I Want To be like this in future

Bersama Icon ku


Mereka ini banyak berjasa kepada kita jangan lupa

Tengok-Tengok


Bukan Apa saja gaya2 jangan ingat lain

Mari kita Bersuaikenal



Tak Kenal Maka tak Tahu

Tak Tahu Makan buat Tak tau
Sebagai halwa telinga Upin & Ipin akan menghiburkan anda

RT Kita Tanggung Jawab Bersama

KEROSAKAN RUMAH

1.Sebenarnya isu mendapan tanah dan kerosakan rumah yang kita beli masih boleh diadukan kepada pihak PDC .Phak mereka akan memperbaiki seperti yang telah dijanjikan dalam perjumpaan dengan Pengurus Besar dan kepemimpinan tertinggi PDC tahun Lalu , caranya mudah sahaja iso borang aduan kerosakan dan hantar kepada pejabat Pengawal di Rumah no 100 beerhampiran sekolah menengah batu kawan dan mereka akan repaire.

2.Pembeli juga boleh menulis surat kepada PDC (lowyer stake hollder ) Raziah & Parners .di Jln Burmah supaya menahan pembayaran 5% bayaran kpd PDC kerana rumah masih belum sempurna. dan mereka akan menahan bayaran hingga rumah sempuna 100% bebas kerosakan.

3. Lain2 keperluan dan masalah bolehlah diselesaikan secara on going proses dengan pihak berwajib spt sampah,bonggol jalan, anjing liar dewan,longgkang dll boleh dibuat dr masa ke semasa

4.Sebenarnya pihak AJk ingin mengadakan meting tepati masalahya kita tiada tempat meting dan dewan kita telah diserahkan oleh PDC kepada MPSP dan kita perlu pohon untuk guna malangnya dewan ini amat terok kondisinya kotordan tempat anjing dulu pengawal bela anjing perlu masuk air dan api dan kerusi meja, lagipun MPSP dibawah kerajaan baru tiadk berminat untuk menyerahkan secara mutlak kepada penduduk kerana takut disalah gunakan untu kepentingan politik dan perseorangan . RT akan cuba minta dan masukkan air,letrik apabila masa sesuai

5. Kita tunggu Jab Perpaduan gazet Rt kita ada budget kita boleh buat sama-sama


6. Kita ada solat berjemaah dan majlis agama di surau taman mutiara tanjung(Lama)setiap malam, ada ustaz2 bagi kuliah mengikut jadual .derma-derma juga boleh disampaikan kepada AJK Surau @ Imam Tn Ustaz Hairul rumah dekat sekolah menengah dekat rumah pengawal No 100.

7. Ada aktiviti mancing di jalan jambatan baru bila hari cuti diketuai oleh Tn Imam Hairul

8. Ada readhah Mauntain Bike setiap minggu bila cuti diketuai oleh Mr DON patah kaki dekat rumah kontrak lama & Hj Adnan rumah belakang sungai.

Selamat Datang


Selamat Datang Ke RT Nilam Tanjung Bandar Cassia Bt Kawan
Komuniti Kita Tanggung jawab Kita
Pihak Pengerusi & AJK RT ingin mengalu-alukan semua penduduk Taman Nilam Tanjung
Supaya sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain."Jiran kita Saudara Kita" ingat sekiranya kita mengabaikan rukun perpaduan kita akan mengundang perpecahan,"meruntuh senang dari membina"
penjenayah dan perosak masyarakat sentiasa menanti peluang untuk memusnahkan kita
sebarang masalah masyarakat bolehlah dibawa berunding bersama RT