Rabu, 23 Februari 2011

SALAM 2011 /1432 HIJRAH TNT LEBIH BARKAH

TAHUN 2010 /1431 HIJRAH TELAH MELABUH TIRAINYA , 2011 & 1432 HIJRAH TELAH MENJELMA, SEMOGA DITAHUN INI ALLAH MEMBERI KEBERKATAN KEPADA PENDUDUK TAMAN INI KHUSUSNYA DAN SELURUH MALAYSIA AMNYA. UNGKAPAN HIKMAH ADA MENYEBUT "DUNIA INI ADALAH INDAH BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI MATA UNTUK MELIHATNYA". HARI BERGANTI MINGGU,BERGANTI BULAN BERGANTI TAHUN = SEDAR ATAU TIDAK SUDAH 4 TAHUN KITA BERMASTAUTIN DI TNT BATU KAWAN INI. SAYA ADA SOALAN ADAKAH KITA BAHAGIA TINGGAL DI TNT INI. MAKSUD SAYA ADAKAH KITA SEJAHTERA DAN TIDAK MENYESAL MEMILIH TNT SEBAGAI ASET PERUMAHAN KITA. BAGI SAYA TNT INI ADALAH HIDUP MATI SAYA DAN TIDAK PERNAH MENYESAL MEMILIH TNT SEBAGAI KEDIAMAN SAYA. SAYA SEDAR TAMAN KITA MEMPUNYAI BANYAK MASALAH DAN KEKURANGAN BERBANDING PERUMAHAN LAIN , SEBENARNYA INI ADALAH UJIAN ALLAH KEPADA KITA. ALLAH TELAH MEMILIH KITA UNTUK MENERIMA UJIAN INI.UJIAN INI MENGAJAK KITA UNTUK MELAKUKAN MUHASABAHADIRI DAN TRANFORMASI UNTUK BERUSAHA MENGATASI MASALAH INI.SEBENARNYA HIDUP INI TIDAK ADA JALAN SINGKAT UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN .KEJAYAAN TIDAK AKAN TERCAPAI TANPA UJIAN .JUSTERU ITU MARILAH KITA MELAKUKAN TRANFORAMASI YANG TOTAL DAN JITU UNTUK MEMAJUKAN TAMAN NILAM TANJUNG YANG DISAYANGI. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT KATA KERANA MUAFAKAT .MARILAH KITA BERSATU PADU BERUSAHA MEMAJUKAN TAMAN KITA DENGAN MENYOKONG DAN MEMAJUKAN KRT KITA. TUAN-PUAN YANG BUDIMAN MASALAH-MASALAH SAMPINGAN DAN KECILAN SEPERTI ISU KEBERSIHAN ,KESELAMATAN DAN SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN DIRI KITA DAN PERSEKITARAN RUMAH KITA HENDAKLAH DIURUSKAN OLEH KITA SENDIRI RUANGKAN MASA BERRIADAH BERSAMA KELUARGA UNTUK MEMBERSIHKAN PERSEKITARAN KAWASAN RUMAH KITA TERMASUK DEPAN DAN BELAKANG. JANGAN BUANG SAMPAH DIBELAKANG RUMAH DAN DEPAN RUMAH . BUANG KEDALAM TONG SAMPAH YANG DISEDIAKAN, KEBERSIHAN LONGKANG DAN SEMAK SAMUN DIKELILING RUMAH DAN TEPI JALAN DEKAT DENGAN RUMAH KITA WALAUPUN LUAR PAGAR TOLONGLAH BERSIHKAN , BOLEHLAH BERPAKAT DENGAN JIRAN UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN LUAR YANG MENJADI TANGGUNGJAWAB BERSAMA.JANGAN HARAPKAN PIHAK MPSP MEREKA INI KITA TELAH FAHAM SIKAPNYA ,JANGAN TUNGGU MEREKA BERSIHKAN ,NANTI KITA KENA DENGGI DOK TUNGGU MEREKA BUAT KERJA. TOLONG KERJASAMA JANGAN BUANG SAMPAH DEKAT RUMAH JIRAN DAN LONGKANG YANG BOLEH MENGALIR SAMPAH KERUMAH JIRAN. BUAT GOTONG ROYONG MENGIKUT LORONG ATAU JALAN BAGI MENGUKUHKAN SILATURAHIM BUAT SECARA KECIL KECILAN TETAPI BERTERUSAN . SEKIAN PENGERUSI TNT